My Add

Tuesday 3 April 2012

Kukuhkan pembangunan sosio ekonomi

Oleh ABDUL YAZID ALIAS

SHAH ALAM,ISNIN, 02 April, 2012: Malaysia memilih menggunakan kaedah mengukuhkan kerjasama dengan Thailand dalam bidang pembangunan sosio ekonomi sebagai satu pendekatan menangani pergolakan di selatan negara jiran itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendekatan itu dilihat sesuai dan boleh dilakukan selaras dengan usaha kedua-dua negara untuk memastikan keamanan di rantau ini.

Beliau berkata, Malaysia menolak pendekatan tentera bagi menangani isu pergolakan di selatan Thailand dan perkara itu dibincangkan dalam pertemuan dua hala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra di Putrajaya, Februari lalu.

''Pendekatan Perdana Menteri kita bukanlah secara ketenteraan dalam isu di wilayah negara berkenaan tetapi pendekatan pembangunan sosio ekonomi dan Malaysia ," tidak berhajat untuk campur tangan dalam isu dalaman Thailand," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment