My Add

Tuesday 3 April 2012

Rakyat keluar dari kemiskinan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 02 April, 2012: Inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah Berpendapatan Rendah sepanjang tahun lalu menyaksikan pelbagai kejayaan dicapai dalam mengeluarkan masyarakat daripada belenggu kemiskinan.

Berdasarkan laporan tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2011, inisiatif 1Azam (Akhiri Zaman Kemiskinan) berjaya menghimpunkan penyertaan 63,417 isi rumah miskin dalam pelbagai aktiviti yang menjana pendapatan termasuk pertanian, perniagaan, perkhidmatan di samping program pemadanan kerja.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang menjadi peneraju di samping membabitkan kerjasama pelbagai agensi kerajaan itu memberi tumpuan kepada golongan miskin dan mudah miskin. Ini berikutan kejayaan mengeluarkan sebanyak 44,643 isi rumah daripada kelompok miskin tegar pada 2010. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment