My Add

Friday 6 April 2012

Lelaki berpistol bawa lari 6 dulang barang kemas RM600,000

SHAH ALAM: Dua lelaki, seorang daripadanya bersenjatakan pistol melarikan enam dulang barang kemas bernilai RM600,000 dalam kejadian samun di sebuah kedai emas di Jalan Pinang G, Seksyen 18 di sini. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob, berkata dalam kejadian pada jam 12.10 tengah hari itu, seorang daripada lelaki terbabit yang memakai topi keledar menutup muka memasuki kedai emas berkenaan manakala seorang lagi menunggu di luar.

Ketika kejadian, terdapat dua pekerja wanita di dalam kedai itu dan suspek yang mengacukan pistol mengarahkan wanita berkenaan memasukan enam dulang pelbagai jenis barangan kemas ke dalam sebuah beg hitam yang dibawanya.

Lelaki dan rakannya itu kemudian melarikan diri dengan sebuah motosikal, katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Zahedi berkata, premis berkenaan tidak mempunyai pengawal keselamatan dan polis akan meneliti rakaman kamera kawalan litar tertutup (CCTV). 

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment