My Add

Friday 6 April 2012

Warga emas mati ditanduk lembu ketika baiki kandang

KLANG, JUMAAT, 06 April, 2012: Seorang warga emas mati akibat ditanduk seekor lembu ketika sedang membaiki kandang ternakan itu di kawasan Perindustrian Bukit Raja di sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superitendan Mohd Shukor Sulong, berkata kejadian pada jam 7.30 malam itu mengakibatkan Tan Chai Tiam, 69, mati akibat cedera parah pada bahagian dada.

Menurut saksi kejadian, Tan enggan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan namun selepas keadaannya semakin lemah, saksi menghubungi ambulans.

"Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 10 malam di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Beliau berkata, kejadian itu dilaporkan oleh pemilik ladang berkenaan Sukhpal Singh, 71. 

Mayat Tan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini dan dituntut oleh anaknya. 

Tan difahamkan sering mengambil upah membaiki dan membina kandang lembu di kawasan sekitarnya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment