My Add

Monday, 2 April 2012

Lembaga Zakat Selangor peruntuk 15,000 pelajar asnaf

SHAH ALAM, AHAD,  01 April, 2012: Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan kira-kira RM2.5 juta untuk manfaat 15,220 pelajar sekolah dari kalangan asnaf negeri ini melalui penganjuran Program Sekolah Angkat (Prosa) 2012.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa berkata, Prosa 2012 yang merupakan kerjasama LZS dan Jabatan Pelajaran Selangor (JPS) akan melibatkan kira-kira 164 buah sekolah di seluruh negeri ini.

Menurutnya, program itu akan memberi fokus kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

"LZS sangat komited dalam meneraju perubahan dan membina peradaban serta memperkasakan sosio ekonomi ummah di negeri ini. Kami yakin bidang pendidikan mampu menjadi senjata terampuh bagi merealisasikan hasrat tersebut," katanya.  - UTUSAN

No comments:

Post a Comment