My Add

Monday, 2 April 2012

MB, Datuk Bandar PJ diberi tempoh dua minggu

PETALING JAYA, AHAD, 01 April, 2012: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohammad Roslan Sakiman digesa supaya membuat penjelasan mengenai isu pembinaan projek komersial di atas tapak padang di Sungai Way dalam masa dua minggu.

Penyelaras Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Tunku, Kelvin Chong Seng Foo berkata, jika mereka gagal berbuat demikian, pihaknya akan menghantar semua dokumen berkenaan hal terbabit ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disiasat.

"Ini adalah bagi memastikan tidak berlaku perkara yang sulit semasa transaksi untuk projek ini.

"Tidak kisahlah sama ada Kerajaan Pusat atau kerajaan negeri yang salah kerana siapa yang makan cili maka dialah yang terasa pedasnya," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment