KUALA LUMPUR, AHAD, 01 April, 2012: Tindakan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang bersungguh-sungguh mempertahankan isu moral Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menimbulkan kehairanan pelbagai pihak.
Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, kesungguhan yang ditunjukkan Mustafa dalam mempertahankan Ketua Pembangkang itu dilihat luar biasa dan boleh dipertikaikan niat sebenar beliau.
Katanya, ramai pihak kini tertanya-tanya sebab utama Mustafa berbuat demikian dan adakah beliau sebenarnya dipaksa oleh puak Anwarinas dalam Pas ataupun kerelaannya sendiri.
"Kita ingin bertanya apakah Mustafa tidak setuju dengan kenyataan Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah dan bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris?" - UTUSAN
No comments:
Post a Comment