My Add

Wednesday 4 April 2012

LHDN sasar pungut cukai RM10 bilion tahun ini

KUALA LUMPUR, RABU, 04 April, 2012: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyasarkan pungutan cukai berjumlah RM110 bilion tahun ini, lebih tinggi daripada RM109.674 bilion yang dipungut tahun lalu. 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar, berkata setiap tahun kira-kira 50 peratus penerimaan cukai adalah daripada syarikat, 25 peratus daripada petroleum, 17 peratus daripada individu dan selebihnya daripada bentuk cukai lain. 

Beliau berkata, berita mengenai rancangan Petronas untuk menurunkan dividen tahunannya kepada kerajaan tidak membimbangkan LHDN kerana pendapatan akan disumbangkan oleh kawasan-kawasan cari gali minyak baharu.

Mohd Shukor berkata, LHDN juga menyasarkan 2.8 juta pembayar cukai yang bakal menjadi peserta e-filing tahun ini, daripada 2.5 juta yang menggunakan sistem e-filing tahun lalu. 

"Kami juga akan mengemukakan cadangan agar e-filing dijadikan mandatori di negara ini," katanya selepas Seminar "Money Compass Tax" 2012 di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment