My Add

Wednesday 11 April 2012

Mahasiswa Islam perlu proaktif guna kebebasan berpolitik

TEMERLOH, RABU, 11 April, 2012: Mahasiswa Islam perlu proaktif dan bijak menggunakan kebebasan berpolitik seperti dicadangkan kerajaan menerusi pindaan Akta Universiti Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). 

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata golongan mahasiswa adalah pendorong utama ke arah transformasi negara melalui penyertaan di dalam keputusan pentadbiran negara.

Menerusi pindaan AUKU, katanya, mahasiswa dapat menggunakan kebebasan dalam menyuarakan pendapat dan pandangan bagi meningkatkan lagi martabat umat Islam terutamanya dalam bidang ekonomi, politik dan sosial.

"Sejarah pergerakan mahasiswa Islam di negara ini bermula sejak tahun 1930-an lagi di mana tokoh-tokoh seperti Syeikh Tahir Jalaluddin dan Syed Sheikh Al- Hadi memulakan gerakan pembangunan umat Islam ke arah pembangunan sosio-ekonomi dan masyarakat," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pertandingan tilawah Al-Quran peringkat daerah Temerloh di Masjid Abu Bakar di sini, malam semalam. 

Saifuddin berharap kemampuan kepimpinan mahasiswa Islam digilap dan diberi ruang untuk terbabit dalam merencanakan pembangunan negara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment