My Add

Thursday 12 April 2012

Pendekatan BN satukan rakyat jadi contoh

YALA RABU, 11 April, 2012: Pentadbir wilayah Yala mahu mencontohi kaedah yang digunakan oleh Barisan Nasional (BN) untuk menyatukan rakyat Malaysia yang berbeza kaum dan agama.

Gabenor Yala, Dejrath Simsiri berkata, kaedah digunakan oleh parti yang memerintah Malaysia itu amat baik dan terbukti berkesan untuk mewujudkan keamanan serta merapatkan jurang perbezaan antara rakyat.

Beliau berkata, antara punca pergolakan terus berlaku di wilayah ini disebabkan tiada kestabilan politik untuk mewujudkan sikap saling percaya antara rakyat.

“Kita melihat bagaimana BN dapat menyatupadukan tiga kaum utama di Malaysia, Melayu, Cina dan India untuk hidup aman bersama, ini adalah contoh terbaik.

“Kestabilan politik amat penting jika kita mahu hidup aman dan damai, kita harus belajar daripada BN, saya kagum dengan apa yang BN lakukan sejak merdeka sehingga sekarang rakyat hidup aman dan damai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat mengenai serangan bom pada 31 Mac lalu yang mengorbankan 12 nyawa dan mencederakan lebih 100 orang di pejabat pentadbiran Yala di sini, semalam.

Sejak tahun 2004, siri keganasan dan serangan bom di Yala telah mengorbankan 1,299 nyawa di mana 800 daripadanya adalah penduduk beragama Islam dan 200 penganut Buddha, manakala selebihnya kakitangan kerajaan Thailand termasuk tentera serta polis.

Dejrath berkata, agak sukar untuk pihaknya meramalkan bila masalah atau siri keganasan di wilayah selatan Thailand ini akan berakhir.

“Sukar untuk kita katakan bila ia akan berakhir kerana sehingga kini tidak ada titik penyelesaian lagi tetapi kita sedang berusaha dan jumlah serangan keganasan seperti ini semakin berkurangan setiap tahun.

“Saya mengakui masalah ini agak sukar untuk diselesaikan apabila kita terlalu kerap menukar kerajaan yang sedikit sebanyak menganggu proses keamanan,” katanya.

Katanya lagi, apa yang penting rakyat semakin sedar siri serangan keganasan seperti itu tidak memberikan sebarang faedah dan ia akan hanya menyebabkan kehidupan mereka semakin sukar.

Ujarnya, ia terbukti apabila sokongan rakyat terhadap puak pemisah semakin berkurangan kerana mereka tidak mahu hidup dalam ketakutan. - UTUSAN

...

No comments:

Post a Comment