My Add

Tuesday 24 April 2012

Mahasiswa perlu fikir secara positif

KUALA LUMPUR, ISNIN, 23 April, 2012: Golongan mahasiswa diminta berfikiran positif terhadap isu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan tidak mudah terpengaruh dengan agenda sempit pihak pembangkang.

Pengerusi Kolej Poly-Tech Mara (KPTM), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, PTPTN sebenarnya memberi peluang kepada ramai remaja untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Menurutnya, wang PTPTN tidak hanya digunakan untuk kegunaan akademik, tetapi bagi menampung kos sara hidup seseorang pelajar dalam meringankan beban ibu bapa mereka.

"Mahasiswa perlu berfikir secara positif dan jangan membiarkan diri diperalat oleh pihak pembangkang yang sebenarnya berjuang bukan untuk kepentingan mereka (pelajar) tetapi untuk kepentingan parti pihak pembangkang," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment