My Add

Tuesday 24 April 2012

Perkasa anjur perhimpunan mendaulatkan raja

KUALA LUMPUR, ISNIN, 23 April, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) memberi ingatan kepada mana-mana pihak yang berani menghina kesucian institusi diraja bahawa badan itu akan melakukan apa sahaja demi mempertahan kedaulatan raja-raja Melayu.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya tidak akan membiarkan golongan penderhaka kepada raja berleluasa, justeru, segala langkah perlu akan dilaksanakan bagi memastikan kejadian biadab semasa majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong tidak berulang.

Sehubungan itu, beliau mengumumkan pada 29 April ini, Perkasa akan menganjurkan Perhimpunan Raja Berdaulat Kasih Dijunjung yang dijangka disertai ribuan orang ramai untuk memberi mesej kepada pihak yang gemar menentang raja-raja Melayu.

Katanya, perhimpunan tersebut yang juga manifestasi bagi menjunjung tinggi pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong, akan diadakan di Padang Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, mulai pukul 9.30 pagi pada 29 April ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment