My Add

Tuesday 24 April 2012

MAHB masih perlukan khidmat Bashir

SEPANG, ISNIN, 23 April, 2012: Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) masih memerlukan khidmat Pengarah Urusannya, Tan Sri Bashir Ahmad sehingga KLIA2 siap sepenuhnya April tahun hadapan.

Pengerusi MAHB, Tan Sri Dr. Aris Othman berkata, pihaknya akan berbincang dengan kerajaan untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan Bashir hingga projek tersebut siap.

"Sebagai pengerusi, pandangan saya adalah lebih baik jika beliau duduk di jawatan itu sehingga KLIA2 siap kerana sekiranya berlaku pertukaran pengurusan ia akan menyebabkan masalah dalam proses pembinaan.

"Bagaimanapun kita tidak tahu adakah beliau setuju atau tidak jika peluang ditawarkan sekali lagi, semuanya terpulang kepada Bashir," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang 'Indulge & Win' anjuran MAHB, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment