My Add

Tuesday 24 April 2012

PTPTN: Jumlah pelajar masuk universiti naik 9 kali ganda

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM

KUALA LUMPUR, ISNIN, 23 April, 2012: Penyediaan kemudahan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjaya meningkatkan jumlah kemasukan pelajar ke universiti sebanyak hampir sembilan kali ganda.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebahagian besar daripada pembiayaan itu diberikan kepada pelajar Melayu yang menguasai 70 peratus daripada keseluruhan pelajar di menara gading.

Jelas beliau, sebelum kerajaan menubuhkan PTPTN, pelajar hanya bergantung kepada biasiswa atau derma siswa selain pembiayaan sendiri daripada pihak keluarga yang kebanyakannya golongan berada.

''Sebelum PTPTN diwujudkan, universiti hanya dapat tampung 27,000 pelajar di sekitar tahun 1990-an, jika tidak dapat biasiswa mereka ditaja oleh ibu bapa yang berkorban apa sahaja untuk pendidikan anak mereka," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment