My Add

Tuesday 3 April 2012

Penyediaan infrastruktur asas luar bandar lepasi KPI

KUALA LUMPUR, ISNIN, 02 April, 2012: Inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Infrastruktur Asas Luar Bandar di bawah tanggungjawab Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menunjukkan pencapaian memberangsangkan pada 2011 apabila berjaya melepasi kesemua Petunjuk Prestasi Utama (KPI) disasarkan.

Menurut Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2011, pelaksanaan projek membina atau menaik taraf jalan raya di kawasan luar bandar meliputi jarak sepanjang 1,013 kilometer berbanding sasaran 905 kilometer.

Selain itu, bekalan air bersih dan terawat berjaya disalurkan ke 73,227 rumah yang bukan sahaja melebihi sasaran sebanyak 58,097 rumah, malah mencatatkan peningkatan lebih dua kali ganda berbanding pencapaian 36,273 rumah pada 2010. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment