KEMAMAN 1 April - Pelbagai pendekatan yang digerakkan oleh RISDA mampu mencetuskan lompatan saujana ke arah peningkatan kesejahteraan hidup pekebun kecil di negara ini.
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said yakin, di bawah kepimpinan Pengerusinya, Tan Sri Rahim Tamby Chik, program-program dapat diterjemahkan dengan berkesan dengan dukungan bersama masyarakat.
Bagaimanapun katanya, komitmen kerajaan melalui RISDA untuk membantu masyarakat tani seperti pekebun kecil getah perlu seiring dengan komitmen mereka untuk memajukan diri sendiri bagi mempelbagaikan sumber pendapatan. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment