My Add

Friday 13 April 2012

Pas ‘lebih kuat’ dari PKR

KUALA TERENGGANU, KHAMIS, 12 April, 2012: Pas negeri hari ini secara terbuka mengakui parti itu ‘lebih kuat’ daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sehubungan itu, Pengerusi Lajnah Pendidikan Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, parti tersebut hanya akan membenarkan PKR meletakkan tidak lebih daripada tujuh calonnya di negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.

Abu Bakar yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Terengganu berkata, Pas keberatan untuk membenarkan PKR meletakkan calon seperti yang diminta parti itu iaitu 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga kerusi Parlimen.

“Paling ramai kita mungkin benarkan lima calon (kerusi DUN) sahaja dan dua untuk kerusi Parlimen.

“Pas memang lebih kuat daripada PKR di mana-mana sahaja. Tetapi Pas tetap menghormati PKR sebagai rakan parti dalam pembangkang,” katanya kepada pemberita di Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment