My Add

Monday 2 April 2012

Tak cukup masa saring kontraktor

SUBANG JAYA, AHAD, 01 April, 2012: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat pemeriksaan ke atas mereka yang membida kontrak mengutip sampah pada 1 Mac lalu, menyebabkan sebahagian daripada mereka yang memenangi kontrak gagal menjalankan tugas dengan baik.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi berkata, pemilihan kontraktor dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan oleh kontraktor kepada MPSJ sahaja.

"Kami membuat pemilihan mengikut maklumat yang ada sahaja kerana masa yang diperuntuk untuk menilai mereka tidak panjang.

"Berdasarkan dokumen yang dihantarkan kepada kami, kontraktor mengatakan bahawa mereka mempunyai lori untuk mengangkut sampah. Jadi mereka ini dilantik berdasarkan maklumat yang diberikan itu," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat penuh MSPJ di pejabatnya baru-baru ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment