My Add

Thursday 5 April 2012

Program 6P tidak akan dilanjut

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 05 April, 2012: Kerajaan sudah membuat keputusan untuk tidak lagi melanjutkan tempoh Program Penyelesaian Menyeluruh Terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau Program 6P selepas ia berakhir pada Selasa ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keputusan itu dibuat atas pertimbangan bahawa tempoh dan maklumat yang mencukupi telah diberikan kepada semua pihak yang berkepentingan untuk melaksanakan proses pemutihan tersebut.

Bagaimanapun katanya, para majikan yang telah memperoleh tarikh temujanji selepas 10 April ini masih boleh terus berurusan pada masa yang telah ditetapkan.

“Mereka yang masih belum melaksanakan proses pemutihan ini diminta agar melakukannya segera dan tidak dibuat pada saat-saat akhir,” katanya pada sidang akhbar semasa membuat tinjauan di Pusat Setempat (OSC) di bawah Program 6P di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jalan Duta di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment