KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini berkata tidak wujud larangan berhubung watak yang digambarkan sebagai lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) dalam saluran televisyen milik kerajaan.
"Tidak ada larangan atas mana-mana persembahan seni oleh mana-mana segmen masyarakat termasuk yang disifatkan sebagai lelaki "lembut" (atau kewanita-wanitaan)," katanya dalam Twitter.
Bagaimanapun, beliau berkata Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan "masih berhak untuk memilih kandungan yang sesuai untuk orang awam memandangkan Malaysia adalah sebuah negara pelbagai kaum, pelbagai agama dan pelbagai budaya".
Menteri itu memberi penjelasan berhubung laporan satu berita portal berhubung perkara itu, yang berasal dari satu entri Facebook oleh Jabatan Penerangan. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment