My Add

Monday 2 April 2012

Tampil buat penjelasan

Oleh ABD. HALIM HADI TALIB

KUALA LUMPUR, AHAD, 01 April, 2012: Pihak yang didakwa bertanggungjawab dan terbabit di dalam skandal moral Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti pendedahan yang dilakukan oleh Senator Datuk S. Nallakaruppan perlu tampil membuat penjelasan.

Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia, Noraini Abd. Khalil Saferi berkata, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail Wan Azizah; Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan isteri Timbalan Presiden PKR, Shamsidar Taharin tidak boleh terus berdiam diri.

"Mereka kena buat satu sidang akhbar bersama bagi menjelaskan perkara yang sebenar bagi mengelak orang ramai membuat tafsiran yang buruk kepada PKR.

"Semua dakwaan yang dibuat oleh Nallakaruppan itu amat serius dari sudut politik dan maruah. Jadi kita semua mahu tahu dan dengar dari mulut tuan empunya hati, tuan empunya badan dan tuan empunya maruah itu sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment