My Add

Saturday 21 April 2012

Pemegang akaun ASNB meningkat 10.85 juta

NAJIB melancarkan Minggu Saham Amanah Malaysia di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, semalam. Hadir sama, Musa (dua dari kanan), Ahmad Sarji (kiri) dan Hamad Kama Piah. - Foto Zunnur Al Shafiq

KOTA KINABALU, 20 Apeil, 2012: Permodalan Nasional Bhd (PNB) kini menguruskan unit dalam edaran berjumlah 144 bilion, sekali gus membuktikan kejayaannya menarik lebih ramai rakyat negara ini untuk melabur dalam pelbagai saham amanah yang ditawarkannya. 

Pengerusinya Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, bilangan pemegang akaun pelaburan dengan Amanah Saham Nasional (ASNB) iaitu pengurus unit saham amanah itu pula sudah meningkat kepada 10.85 juta.

“Daripada jumlah itu, kira-kira 9.6 juta adalah Bumiputera manakala 1.2 juta bukan Bumiputera. Secara purata, pegangan pelaburan bagi setiap pemegang akaun ialah 13,224.5 unit.

“Anak syarikat milik penuh ASNB iaitu Amanah Mutual Bhd pula menguruskan 4.26 bilion unit dalam edaran melalui 17 dana membabitkan 50,000 pemegang akaun dengan nilai pelaburan RM3.72 bilion,” katanya pada majlis pelancaran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2012 di Kota Kinabalu, hari ini.. 

Pelancarannya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Hadir sama, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman serta Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman. 

Selain memegang ekuiti dalam lebih 200 syarikat yang mampu menyalurkan dividen kepada PNB dan pelabur, Ahmad Sarji berkata, PNB juga memiliki hartanah yang memberikan pendapatan stabil serta kukuh dalam jangka panjang menerusi amanah pelaburan hartanah (REITs) berjumlah RM1.33 bilion. 

“Pemilikan hartanah secara terus oleh PNB pula berjumlah RM7.36 bilion dan antara hartanah dimiliki PNB adalah beberapa bangunan di kawasan segi tiga emas di Kuala Lumpur seperti bangunan MAS, Kenanga International Building, Menara Industrial Development Finance Bhd (MIDF) dan lain-lain bernilai RM607.6 juta. 

“PNB juga memiliki hartanah di luar negara iaitu bangunan pejabat 38 tingkat yang mendapat pengiktirafan enam bintang di Brisbane, Australia dan Miton & Shire House, 90 High Holborn serta One Ex-change Square di London. 

“Kita memperoleh kadar sewa lumayan daripada bangunan ini dengan nilai semua bangunan terbabit mencecah RM4.88 bilion," katanya. 

Dari segi pengagihan dividen dan bonus, katanya, PNB telah membayar kadar yang kompetitif dengan keseluruhannya setakat ini berjumlah lebih RM91 bilion. 

Ketika ini, kata Ahmad Sarji, golongan bukan Bumiputera melanggan unit amanah saham berharga tetap yang diperuntukkan berjumlah 24.6 bilion unit dan masih ada unit amanah saham boleh dilanggan Bumiputera dan bukan Bumiputera iaitu Amanah Saham Nasional Tiga Imbang (869.2 juta unit), Amanah Saham Gemilang (864.1 juta unit) dan Amanah Saham 1Malaysia (2.84 bilion unit). 

“Di Sabah, kira-kira 12 bilion unit amanah saham dilanggan lebih satu juta rakyat negeri ini iaitu kelima tertinggi di Malaysia," katanya. - BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment