My Add

Tuesday 24 April 2012

Pengarah didakwa tipu bank untuk dapatkan RM2 juta

KUALA LUMPUR, SELAS, 24 April, 2012: Seorang pengarah di sebuah syarikat berkaitan minyak dan gas hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap dua tuduhan menipu sebuah bank bagi mendapatkan kemudahan kredit membabitkan hampir RM20 juta. 

Bagi pertuduhan pertama, Ng Huat Jian,50, yang merupakan pengarah syarikat Oil-Line Engeneering & Associates Sdn Bhd didakwa menipu Bank Islam Malaysia Berhad dengan mengemukakan dokumen-dokumen palsu sehingga mendorong bank itu memberi kemudahan kredit berjumlah RM1,350,000 kepada syarikat terbabit.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu ibu pejabat bank berkenaan pada 9 Februari 2009 hingga 23 April 2009.

Bagi pertuduhan kedua Ng didakwa menipu bank terbabit dengan mengemukakan dokumen-dokumen palsu sehingga mendorong bank itu memberi kemudahan kredit berjumlah RM18,639,536.47 kepada syarikat itu. 

Ng didakwa melakukan perbuatan itu di lokasi sama pada 26 Disember 2008 hingga 28 April 2009. 

Kedua-dua pertuduhan itu mengikut Seksyen 368 (a) Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda RM250,000 atau kedua-duanya. 

Terdahulu Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Shari'ah Abu menawarkan jaminan RM40,000 dikenakan terhadap Ng bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin dan peguam Guok Ngek Seong yang mewakili tertuduh tidak membantah jaminan terbabit. 

Hakim S. M Komathy Suppiah membenarkan tertuduh diikat jamin RM80,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 24 Mei depan untuk sebutan kes. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment