My Add

Wednesday 18 April 2012

Pesta Mei sempena ulang tahun bandar raya Miri

MIRI, RABU, 18 April, 2012: Bandar raya ini akan menyambut Pesta Mei 2012 pada bulan depan sempena ulang tahun ke-tujuh pengisytiharannya sebagai sebuah bandar raya.

Datuk Bandar, Lawrence Lai berkata, antara pengisian pesta selama sebulan itu ialah festival kanak-kanak, karnival joran, pertandingan karaoke serta kebudayaan Kenyah dan pembacaan puisi.

Turut berlangsung katanya, acara larian Miri Hash House Harriers, pameran koleksi antik naga air, pertandingan memancing laut dalam antarabangsa, minggu berbasikal Miri dan kempen membotakkan kepala atau Go Bald.

“Acara kemuncak ialah Karnival Hari Bandar Raya Miri pada 20 Mei yang dimeriahkan dengan pelbagai acara seperti sukan rakyat dan pesta makanan.

“Selain itu kita akan mengadakan tarian terbesar Orang Ulu yang dijangka disertai kira-kira 2,000 peserta daripada Persekutuan Persatuan Orang Ulu Malaysia Sarawak (FORUM) dan tarian panjang yang disertai kira-kira 10,000 peserta,” katanya pada majlis pelancaran Kalendar Pesta Mei 2012 di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment