My Add

Monday 16 April 2012

PM rasmi kompleks perumahan ladang Sime Darby


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan penduduk Bestari Jaya ketika hadir pada Majlis Perasmian Kompleks Perumahan & Pengurusan Ladang Tennamaram di Bestari Jaya, Selangor, hari ini. - Foto Aizuddin Saad


Oleh HELMI MOHD. FOAD

KUALA SELANGOR 16 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Kompleks Perumahan dan Pengurusan Ladang yang dibangunkan oleh Sime Darby Plantation Sdn. Bhd. di Ladang Tennamaram, Bestari Jaya dekat sini.

Kompleks perumahan berpusat itu merupakan projek perintis Sime Darby Plantation bagi meningkatkan kualiti hiudp dan penyediaan tempat tinggal yang lebih baik kepada para pekerja ladang.

Berkonsepkan sebuah bandar kecil, kompleks tersebut menyediakan perumahan yang dinaik taraf beserta kelengkapan prasarana untuk kira-kira 300 pekerja ladang dan kilang di estet Tennamaram.

Hadir sama Menteri Pertanian, Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengerusi Sime Darby, Tun Musa Hitam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment