My Add

Wednesday 11 April 2012

PM rasmi Menara Bukit Aman

KUALA LUMPUR, 10 April, 2012: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan bangunan yang menjadi lambang modenisasi dan transformasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 205 tahun penubuhan pasukan itu, iaitu Menara 1 Bukit Aman, bernilai RM320 juta, Khamis ini.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf (gambar) berkata menara itu kini menjadi pusat pentadbiran baru Bukit Aman menggantikan bangunan lama berdekatan dengan menara tersebut.

“Perdana Menteri juga akan menyerahkan cek bantuan Bayaran Saguhati Khas Bekas Polis Zaman Darurat dan merasmikan Pusat Saringan Kesihatan Bukit Aman, di Bukit Aman,” katanya kepada Bernama.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor pula akan merasmikan Pusat Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) PDRM di Bukit Aman, katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment