My Add

Wednesday 11 April 2012

Semua pelajar 9A+ ke atas terima penajaan

MUHYIDDIN Yassin beramah mesra dengan juara Pertandingan Pidato Integriti 2012 Piala Menteri Pelajaran, Mohd. Rafee Mohamad sambil memegang trofi selepas majlis penyampaian hadiah di Kuala Lumpur, semalam. 
Turut kelihatan pemenang ketiga, Mohd Fikri Mat Arit (kiri). - BERNAMA

KUALA LUMPUR, SELASA, 10 April, 2012: Semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 yang mendapat keputusan 9A+ dan ke atas ditawarkan penajaan kewangan Bursary secara automatik oleh Kementerian Pelajaran.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penajaan kewangan tersebut yang bertujuan untuk mengiktiraf kecemerlangan pelajar dibuat tanpa mengira etnik, kaum, keturunan serta latar belakang.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, seramai 1,609 pelajar lepasan SPM 2011 telah dikenal pasti layak mendapat penajaan Bursary iaitu 1,020 yang mendapat keputusan sembilan A+, 492 pelajar (10A+), 90 pelajar (11A+) dan tujuh pelajar (12A+)....

Kementerian Pelajaran juga mempertimbangkan kemungkinan setiap guru selepas ini perlu melalui penilaian integriti secara berkala dari semasa ke semasa bagi membolehkan sebarang penambahbaikkan dilaksanakan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika memberi bayangan itu berkata, ia perlu bagi membolehkan aspek kefahaman serta kesedaran mengenai integriti dapat disebar luas kepada warga pendidik.

katanya, proses untuk memantapkan nilai integriti di kalangan warga pendidik termasuk penilaian secara berkala, memerlukan penglibatan serta usaha bersungguh-sungguh dari semua peringkat pengurusan pendidikan.

"Justeru strategi serta pelan tindakan secara berfokus diharap dapat dilaksanakan secara kolektif untuk memastikan tahap integriti setiap warga pendidik bukan sahaja sentiasa tinggi tetapi dapat dipertingkatkan lagi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment