My Add

Tuesday 3 April 2012

Polis siasat dakwaan aktivis pelajar ditumbuk

KUALA LUMPUR, SELASA, 03 April, 2012: Polis akan menyiasat dakwaan aktivis pelajar, Adam Adli Abd Halim, kononnya dia ditumbuk oleh orang tidak dikenali semasa rundingan antara beberapa penghuni pangsapuri PKNS Kampung Kerinchi dan Pihak Berkuasa Tempatan di sini, hari ini. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superitendan Aida Abdul Hamid, berkata Adam Adli membuat laporan di Balai Polis Jalan Pantai Baharu dan polis sedang menyiasat punca kejadian. "Kita sudah tempatkan kira-kira 40 anggota polis di situ bagi mengawal keadaan dan saya dilaporkan perbincangan itu berlangsung dengan aman," katanya.

Adam Adli dilaporkan menyertai rundingan antara penduduk di pangsapuri itu bagi mempertahankan rumah mereka daripada dirobohkan oleh PBT. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment