My Add

Friday 6 April 2012

Tahanan kes rompak lolos dari lokap mahkamah

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 06 April, 2012: Seorang tahanan yang akan dibicara di Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan merompak dan menyamar sebagai anggota polis meloloskan diri daripada lokap tahanan sementara di Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini.

Tahanan lelaki berusia 32 tahun itu melarikan diri pada pukul 8.20 pagi dengan berpakaian baju T berwarna kuning dan berseluar pendek ketika pihak polis membawa masuk kira-kira 50 tahanan lain dari Penjara Sungai Buloh untuk diserahkan kepada anggota polis yang menguruskan tahanan di mahkamah itu.

Lokap tahanan sementara itu terletak di basemen dua bangunan itu.

Sumber polis memberitahu, pihaknya tidak dapat mengesahkan bagaimana tahanan itu berjaya meloloskan diri dan mereka kini meneliti rakaman kamera litar tertutup di kompleks berkenaan untuk mengetahui bagaimana kejadian itu berlaku. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment