My Add

Wednesday 11 April 2012

Rakyat perlu bijak memilih

KUALA LUMPUR, SELASA, 10 April, 2012 Rakyat perlu bijak memilih kerajaan yang mampu memelihara keamanan serta kemakmuran masyarakat berbilang kaum, di samping berupaya memacu pembangunan negara pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Pengarah Yayasan 1Malaysia, Dr. Chandra Muzaffar berkata, terdapat beberapa kriteria perlu diberi perhatian dalam memilih kerajaan yang akan diberi mandat mentadbir supaya negara terus mengecapi keamanan dan kemakmuran.

Katanya, kriteria-kriteria tersebut perlulah menjangkaui kepelbagaian kaum di negara ini dan juga kesepaduan rakyat secara keseluruhannya.

"Secara dasarnya, pada ketika ini, wujud empat elemen yang memenuhi kriteria berkenaan iaitu Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara, Wawasan 2020 dan konsep 1Malaysia," tegas beliau. = UTUSAN

No comments:

Post a Comment