My Add

Friday 6 April 2012

Rakyat kita bukan suspek letupan bom di Haytai

SUBANG JAYA, KHAMIS, 05 April, 2012: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiada rakyat negara ini yang terlibat sebagai dalang dalam letupan bom di kompleks beli-belah dan Hotel Lee Gardens Plaza, Hatyai, Thailand baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Mohamad Fuzi Harun berkata, ia berdasarkan hasil siasatan pihak berkuasa negara itu.

Katanya, rakyat Malaysia hanya menjadi mangsa sehingga membawa kepada dua kematian dan kecederaan lain di kalangan mereka.

"Walaupun kejadian itu berlaku di Thailand, PDRM akan berkongsi maklumat dengan pihak berkuasa negara jiran tersebut bagi mengelakkan kita menjadi sasaran.

"Ini termasuk melakukan kawalan dan pemantauan secara ketat di seluruh pintu masuk sempadan bagi mengelakkan kebarangkalian kumpulan pengganas memasuki negara ini," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment