My Add

Friday 6 April 2012

Waspada skim tipu geran tanah peneroka Felda - BNM

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 05 April, 2012: Bank Negara Malaysia (BNM) menasihatkan peneroka Felda agar berhati-hati berhubung skim penipuan kewangan yang menggunakan nama bank pusat itu bagi tujuan mendapatkan salinan kad pengenalan serta geran tanah dari mangsa.

BNM dalam satu kenyataan berkata, pihak yang menipu itu akan menggunakan pelbagai jenis skim di mana modus operandinya sentiasa berubah-ubah demi mengelirukan orang ramai.

Mereka akan menyamar sebagai pegawai kerajaan, pegawai penguatkuasa seperti polis, pegawai bank, penjawat awam dan juga pegawai BNM untuk menipu mangsa.

Menurut BNM, antara modus operandi skim penipuan tanah Felda yang digunakan apabila mangsa didatangi individu yang menyamar sebagai wakil syarikat pengurusan dan perkhidmatan yang memberitahu mengenai tindakan BNM membekukan satu akaun kerajaan yang mempunyai sejumlah wang yang besar di dalamnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment