My Add

Friday 6 April 2012

UMNO kesal MBSA anaktirikan ibu tunggal, peniaga kecil

SHAH ALAM, KHAMIS, 05 April, 2012: UMNO Bahagian Shah Alam kesal kerana peniaga kecil dari golongan ibu tunggal yang hanya bermodalkan RM5,000 hingga RM6,000 dianaktirikan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang tergamak merobohkan gerai mereka di Seksyen 24 di sini, Isnin lalu.

Ketuanya, Datuk Ahmad Nawawi Md. Zin berkata, tindakan tersebut dilihat sebagai berat sebelah kerana banyak lagi hotel bajet, depot dan premis membasuh kereta tidak berlesen dibiarkan beroperasi di bandar raya ini namun tiada tindakan diambil ke atas pihak berkenaan.

Malah katanya, sehingga sekarang tiada langkah konkrit dilakukan untuk membantu ibu-ibu tunggal tersebut selepas gerai mereka dirobohkan oleh pasukan penguat kuasa MBSA.

"UMNO Shah Alam bersedia menghulurkan bantuan kepada mana-mana pihak yang ditindas di negeri ini, khususnya di Shah Alam, jika Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mahupun pihak berkuasa tempatan (PBT) enggan berbuat demikian," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment