My Add

Wednesday 11 April 2012

Usir Konrad Adenauer, bertindak atas IAIS - Zulkifli Nordin

KUALA LUMPUR, SELASA, 10 April, 2012: Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas termasuk mengusir yayasan kebajikan, The Konrad Adenauer (Konrad) kerana badan itu terbukti menaja penerbitan beberapa buah buku yang bertentangan dengan akidah umat Islam.

Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) berkata, tindakan tegas juga perlu diambil terhadap Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam Malaysia (IAIS) iaitu sebuah badan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan kerana institusi tersebut cuba mempopularkan fahaman pluralisme di negara ini.

"Mengenai Konrad, semua pihak mengetahui bahawa badan ini pernah menaja penerbitan buku-buku Institut Kajian Dasar (IKD) yang jelas bertentangan dengan akidah umat Islam, antaranya perkahwinan campur serta Islam dan pluralisme," katanya. - UTUSAN.

No comments:

Post a Comment