My Add

Monday 16 April 2012

Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan lebih baik

KUALA LUMPUR, ISNIN, 16 April, 2012: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) adalah jauh lebih baik daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Katanya, akta baru itu membolehkan siasatan dijalankan tanpa bicara dan membenarkan tertuduh membawa kes ke mahkamah bagi proses pendengaran.

"Sudah semestinya, akta baru ini jauh lebih baik daripada pertimbangan politik dan peribadi individu tertentu. Ia sekali gus menjamin keselamatan orang awam pada jangka masa panjang," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau turut memuji kesungguhan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang turut hadir pada pembentangan bacaan kali kedua Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas). - BERITA HARIAN ONLINE

No comments:

Post a Comment