My Add

Thursday 19 April 2012

Tiga maut kemalangan ngeri

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID

ALOR GAJAH, RABU, 18 April, 2012: Seorang mekanik yang sedang mengalihkan kon keselamatan maut setelah dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terbabas, dalam nahas ngeri meragut tiga nyawa di Lebuh Raya Utara Selatan sebelum susur masuk Ayer Keroh arah selatan di sini hari ini.

Ketika kejadian kira-kira pukul 3.05 petang, mangsa, Muhammad Azizul Safian Suri, 28, baru selesai membaiki kren 'skylift' milik Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) yang rosak di lorong kecemasan di Kilometer 199.1, lebuh raya itu.

Turut maut ialah dua penumpang kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Harrier yang merempuh kren tersebut iaitu Ng Beng Thian, 32, dan ibunya, Tan Tiang, 56.

Ketika kejadian, kenderaan itu dipandu oleh isteri Beng Thian, Lim Ching Yeo, 32, yang hanya mengalami cedera ringan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment