My Add

Friday 6 April 2012

Syarikat bakal dikenakan tindakan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 05 April, 2012: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengenakan tindakan terhadap syarikat yang pekerjanya terlibat dalam perbuatan rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, langkah itu sejajar dengan "Ikrar Integriti Korporat" (CIP) yang diperkenalkan pada Mac tahun lepas.

"Kita sudah berbincang dengan Jabatan Peguam Negara mengenai tanggungjawab korporat ini dan sekiranya diluluskan kita akan laksanakan sungguhpun memerlukan proses yang panjang.

"Cadangan ini boleh dilaksanakan kerana kita tahu ada individu yang terlibat memberi rasuah daripada wang yang diberi syarikat tetapi tiada tindakan dikenakan ke atas syarikat terbabit," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau sebelum itu merasmikan seminar sehari berjudul Pembinaan Menjana Pembangunan Integriti anjuran bersama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), SPRM dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment