My Add

Saturday 21 April 2012

Sagu hati: KDN kesan 15,000 lagi bekas polis zaman darurat

KOTA KINABALU, SABTU, 21 April, 2012: Kementerian Dalam Negeri (KDN)menggunakan pelbagai pendekatan membabitkan semua agensi di bawah kementerian itu untuk mengesan 15,000 lagi bekas anggota polis yang berkhidmat di zaman darurat yang layak menerima sagu hati khas RM3,000.

Ketua Setiausaha kementerian, Tan Sri Mahmood Adam, berkata setakat ini seramai 48,000 orang bekas anggota polis khas dan polis tambahan yang berkhidmat semasa zaman darurat menerima bayaran sagu hati khas itu sepertimana yang diumumkan dalam Belanjawan 2012 pada 7 Oktober tahun lalu.

"Kementerian menerusi jabatan dan agensi di bawahnya mesti sentiasa buat susulan dan berusaha mencari kaedah terbaik bagi menyerahkan sagu hati khas kepada anggota polis yang terlibat kerana kita menyediakan 63,000 cek dan baki 15,000 orang itu harus dijejaki," katanya ketika berucap pada majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Warga KDN di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment