My Add

Tuesday 24 April 2012

Scorpene berjaya lalui operasi khas

KUALA LUMPUR, ISNIN, 23 April, 2012: Kedua-dua kapal selam Scorpene milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu Kapal Diraja (KD) Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak telah berjaya melalui beberapa operasi khas dengan menggunakan keupayaan tertingginya.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, beliau amat berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan kedua-dua aset itu dan yakin kapal-kapal selam berkenaan berupaya menjayakan setiap operasi TLDM.

“Saya tidak harus memaklumkan apa operasi yang telah kami lakukan untuk menguji kedua-dua kapal selam itu, namun cukup untuk sekadar saya nyatakan bahawa kapal selam tersebut telah beroperasi dengan memuaskan.

“Saya gembira apabila kecanggihan kapal selam berkenaan mendapat pujian daripada tetamu kenamaan antaranya, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang pernah menyaksikan keupayaan kapal selam itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment