My Add

Monday 16 April 2012

Siapa wakili pembangkang di kerusi Parlimen Batu Pahat?

BATU PAHAT, AHAD, 15 April, 2012: Siapakah yang akan mewakili pakatan pembangkang bertanding di kerusi Parlimen Batu Pahat, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau Pas?

Itulah persoalan yang timbul apabila Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan parti itu akan bertanding di kerusi berkenaan.

Pengumuman itu sekali gus menimbulkan kekeliruan memandangkan sebelum ini Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub turut menyatakan keinginan bertanding di kerusi yang sama.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis bersama pemimpin di Kampung Linau Kecil 2, di sini, semalam, Wan Azizah berkata, PKR sudah mempunyai calon yang sesuai untuk menentang penyandang kerusi Parlimen tersebut dari Barisan Nasional (BN), Dr. Mohd. Puad Zarkashi.

Wan Azizah bagaimanapun tidak menyatakan siapakah pemimpin PKR yang dipilih mencabar Dr.Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment