My Add

Tuesday, 3 April 2012

Sisa pepejal Lynas selamat, ditukar jadi produk lain

KUANTAN, SELASA, 03 April, 2012: Sisa pepejal yang dijadikan isu oleh pihak tertentu dalam usaha menentang projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng di sini dijamin selamat kerana ia akan ditukarkan menjadi produk berdaya saing.

Menurut Pengerusi dan Ketua Pegawai Operasi Lynas Corporation Ltd., Eric Noyrez, sisa bahan nadir bumi itu akan ditukarkan menjadi papan plaster, baja dan bahan utama dalam asas pembinaan jalan raya sekali gus menolak dakwaan tidak berasas sebelum ini yang menyatakan ia berbahaya.

“Justeru, LAMP kini bersedia untuk memulakan operasi dalam tempoh tiga minggu lagi sebaik sahaja Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) menyerahkan lesen operasi sementara (TOL) yang telah diluluskan pada 1 Februari lalu.

“Bagaimanapun buat masa ini, kami belum menerimanya walaupun LAMP telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan," katanya kepada pemberita di pejabat LAMP di sini hari ini.

Noyrez berkata, pihaknya berharap lesen berkenaan dapat diperoleh segera bagi memudahkan mereka menjalankan operasi seperti yang dijadualkan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment