My Add

Thursday 5 April 2012

Teknologi hijau berperanan penting dalam daya saing Malaysia

PETALING JAYA, KHAMIS, 05 April, 2012: Kerajaan menjangka teknologi hijau memainkan peranan penting dalam memastikan Malaysia kekal kompetitif di pasaran antarabangsa setelah permintaan global bagi produk lestari meningkat.

"Kerajaan membuat komitmen bersyarat bagi mengurangkan jumlah karbon Malaysia sebanyak 40 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2020," kata Setiausaha Bahagian di Bahagian Tenaga Lestari Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Che Zuriati Muda.

Che Zuriati berkata kerajaan melaksanakan pelbagai langkah dan inisiatif bagi mengurangkan pelepasan karbon seperti menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharu serta meningkatkan usaha kecekapan tenaga.

"KeTTHA telah memulakan program Kelestarian Yang Dicapai Melalui Kecekapan Tenaga atau SAVE yang dilancarkan pada 7 Julai, 2011 bagi menggalakkan penggunaan perkakasan efisen tenaga."

Program tersebut termasuk rebat RM200 bagi pembelian peti sejuk dan RM100 bagi penyaman udara.

Sementara itu, Che Zuriati berkata media perlu memainkan peranan mereka dalam menggalakkan produk efisen tenaga yang memberikan penjimatan kos kepada pengguna dan industri. - BERNAAMA

No comments:

Post a Comment