My Add

Friday 20 April 2012

Tempoh kempen tidak kurang 10 hari

Oleh NORAINI ABD. RAZAK

PUTRAJAYA, KHAMIS, 19 April, 2012: Tempoh berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diputuskan tidak kurang daripada 10 hari, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Keputusan tersebut, katanya, dicapai hasil Mesyuarat Khas SPR semalam yang membincangkan secara terperinci setiap syor Jawatankuasa Pilihan Raya Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (JPKP).

Katanya, mesyuarat turut menerima supaya proses pelantikan pengerusi, timbalan pengerusi dan anggota SPR dikaji semula secara teliti untuk memberi keyakinan bahawa badan itu benar-benar bebas daripada pengaruh Eksekutif dan Legislatif.

Beliau berkata, pihaknya juga bersetuju penstrukturan semula badan itu dilaksanakan dengan memberi kuasa perundangan sewajarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment