My Add

Sunday 15 April 2012

Tetap kemuka usul larang LGBT di Parlimen

KUALA LUMPUR, SABTU, 14 April, 2012: Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim akan tetap berjuang mengikut prosedur yang ada bagi mengemukakan usul melarang golongan pengamal seks bebas serta lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menjadi Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Jelas beliau, biarpun usul itu ditolak Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, beliau akan cuba membawa usul tersebut semula pada penggal sidang Dewan Rakyat Jun ini.

"Saya sudah bagi rasional atas peraturan mesyuarat dan keputusan penolakan usul itu telah dimaklumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat kepada saya.

"Bagaimanapun saya akan membuat tindakan susulan mengikut peraturan mesyuarat dan cuba membawa semula usul itu pada penggal akan datang," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment