My Add

Tuesday 17 April 2012

Wan Azizah terus didesak jawab tuduhan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 16 April, 2012: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (gambar) dan anaknya, Nurul Izzah Anwar terus didesak membuat sidang akhbar bersama Shamsidar Taharin bagi menjawab pelbagai tuduhan yang dikaitkan dengan mereka.

Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Noraini Abd. Khalil Saferi berkata, rakyat tertunggu-tunggu jawapan mereka yang sehingga kini masih berdiam diri.

"Ramai yang membuat persepsi bahawa Wan Azizah tahu segala-galanya, cuma berlakon seolah-olah tidak tahu demi kepentingan politik.

"Kita akan lihat bagaimana beliau sekali lagi memutar belit pemikiran rakyat apabila tampil menjawab tuduhan itu nanti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai hubungan sulit dengan Shamsidar selain merupakan seorang biseksual. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment