My Add

Monday 2 July 2012

Usir tiga diplomat Singapura - PPPMM

JOHOR BAHRU, AHAD, 01 Julai, 2012: Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) menggesa kerajaan mengusir tiga diplomat Singapura yang terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu serta mengharamkan mereka memasuki semula negara ini.

Presidennya, A. Rahman Mahadi berkata, tindakan ketiga-tiga diplomat terbabit jelas tidak menghormati negara ini selain boleh mencetuskan ketegangan dan menjejaskan hubungan antara kedua-dua negara.

"Singapura sepatutnya lebih matang terhadap sensitiviti rakyat dan negara ini serta tidak sesekali campur tangan dalam urusan negara asing.

"Mereka tidak sepatutnya mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan dan kemudian memberi alasan sebagainya. Justeru, kami mahu ketiga-tiga diplomat ini diusir dan diharamkan masuk ke negara ini," katanya kepada pemberita pada program Melayu Kembalilah Bersatu di Hotel TS, Masai di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment