My Add

Saturday 28 July 2012

1.4j rakyat Malaysia hidap penyakit hati

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 27 Julai, 2012: Rakyat Malaysia yang dilahirkan sebelum tahun 1989 digesa segera melakukan pemeriksaan Hepatitis B.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ia memandangkan trend penyakit hati di kalangan rakyat tempatan menunjukkan peningkatan meskipun penyakit itu telah diisytiharkan berada dalam kawalan Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) tahun lalu.

Setakat ini ujar beliau, seramai 1.4 juta atau 1 daripada 20 penduduk Malaysia menghidap penyakit hati dengan majoritinya pembawa Hepatitis B dan Hepatitis C.

Katanya, pada 2011 sahaja, sebanyak 1,250 kes Hepatitis B didaftarkan di hospital berbanding 640 kes pada tahun sebelumnya manakala jumlah penghidap Hepatitis C pula seramai 1,047 orang berbanding 724 orang pada 2010. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment