My Add

Saturday 28 July 2012

Bapa gembira kembar Siam berjaya dipisah

*MUAIMIN Azli berada dalam keadaan sihat selepas menjalani pembedahan pemisahan bersama kembarnya, Muaiman Azli di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, semalam. Mereka ditemani oleh bapanya, Azli Sabran (kiri). - BERNAMA

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 27 Julai, 2012: Kegembiraan jelas terpancar di wajah bapa kepada pasangan kembar Siam lelaki berusia 15 bulan, Azli Sabran, 40, setelah anaknya selamat dipisahkan menerusi pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 15 Julai lalu.

Kembar tersebut, Muaiman dan Muaimin yang lahir pada 14 April 2011 merupakan pasangan kembar Siam yang mempunyai tiga kaki, bercantum tulang pelvik di bahagian pinggul, tidak mempunyai saluran dubur selain berkongsi usus dan saluran kencing.

Menurut Azli, kedua-dua anaknya itu kini berada dalam keadaan stabil, namun masih lemah ekoran pembedahan tersebut yang turut mengakibatkan luka besar di bahagian badan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment