My Add

Sunday, 29 July 2012

17 penuntut IOWA diberi bantuan wang

KUALA LUMPUR, SABTU, 28 Julai, 2012: Kesemua pelajar Malaysia yang terlibat dalam kebakaran di South Meadows Apartments, Ames, Iowa, Amerika Syarikat diberi bantuan antara AS$2,000 (kira-kira RM6,300) hingga AS$2,500 (RM7,875) setiap seorang bagi meringankan beban mereka.

Selain itu, mangsa-mangsa kebakaran tersebut juga menerima sebanyak AS$500 (RM1,575) sumbangan oleh syarikat-syarikat korporat.

Kementerian Luar dalam kenyataannya di sini hari ini memberitahu, bantuan sekali pembayaran tersebut dibuat mengikut penaja dan keperluan para pelajar berkenaan.

Bantuan itu diserahkan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa, mewakili Kerajaan Malaysia pada majlis berbuka puasa dengan beberapa pelajar Universiti Iowa State yang kini berada di Malaysia, hari ini.

Pada kejadian 15 Julai lalu, kediaman 17 pelajar Malaysia itu terbakar teruk, namun kesemuanya selamat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment