My Add

Sunday 29 July 2012

200,000 golongan kurang mampu dibantu tingkat kesihatan

PADANG SERAI, SABTU, 28 Julai, 2012: Kerajaan menyasarkan membantu lebih 200,000 golongan kurang kemampuan meningkatkan tahap kesihatan dan kualiti hidup mereka melalui Program Siri Penjelajahan Kesejahteraan Keluarga Untuk Rakyat (SPEKKTRA).

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Heng Seai Kei berkata program itu dilaksanakan di 200 lokasi iaitu 62 di kawasan komuniti kampung baru, 38 di kawasan perladangan dan 100 di kawasan kampung tradisional.

Beliau berkata di bawah program itu, kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan termasuk Klinik Kesihatan Keluarga (Bergerak) iaitu enam buah di Semenanjung dan masing-masing satu di Sabah dan Sarawak. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment